Enjoy it when visit My Blog . FOLLOW | DASHBOARD.
Hi , Welcome Alls :)


Story | It's Me | Visit

Tuesday, 16 October 2012
Gangguan misteri di rumah kenari ...

Assalamualaikum stalker ...
  Kali ini aku nak update blog pasal gangguan misteri yg boleh dikatakan sering berlaku dirumah kenari kami. Ceritanya macam ni. 
Kami merupakan Student sebuah IPT dikawasan Puchong. Aku dan 9 orang lagi merupakan student Diploma Pengurusan manakala 2 lagi Degree Pengurusan. so ,total dlm rumah kenari ada 11 orang. Semenjak 2menjak ni kami dirumah kenari sering diganggu dengan bunyi-bunyian yg aneh-aneh. macam-macam bunyi yg kami dengar dirumah kenari. Pada awal kami tinggal dirumah kenari lg dah dapat kesan yg ada sesuatu yg kurang menyenangkan dirumah ini. Bg pengalaman aku sendiri,semenjak aku tinggal dirumah kenari aku mula batuk2 kering dan sering terlihat kelibat yg lalu lalang didapur rumah. 

  Yg hairannya,batuk aku itu masa dirumah kenari sahaja. masa aku balik Johor tak ada pulak batuk. Dengan kata sepakat ,aku dengan Rasyid iaitu roomate aku sendiri,membuat bacaan "Yasin"didalam bilik. Selepas membaca ayat-ayat suci Al-Quran semuanya alhamdulillah. kurang sikit batuk aku. 

  Berbalik kepada cerita asal ,kami yg baru sahaja masuk sem 2 .Kira kira sudah sebulan lebih lah sangat benggang dengan diganggu bunyi-bunyian dirumah ini. Walaupun aku tk pernah dengar bunyi-bunyian yg aneh tetapi aku dapat agak ada sesuatu yg tidak kena dengan rumah kenari ini. Housemate aku yg dengar .Baik yg tidur di tingkat atas ,mahupun yg tidur dibawah. Berdasarkan housemate aku cerita ketika dia sedang nyenyak tidur diruang tamu kerana kepanasan tidur dibiliknya dia terdengar bunyi orang sedang memasak didapur. Padahal semua dah masuk tidur. Dia tengok jam ketika itu pukul 4.00 pagi.Tak mungkin lah ada yg masak pagi pagi buta cmni.paling lewat masak pun pukul 1 lebih. Bukan sorang yg pernah dengar bunyi orang sedang memasak ni ,tetapi dah tiga atau empat orang yg sudah dengar. Adakalanya ketika ada seorang housemate yg tinggal keseorangan dirumah dia terdengar bunyi yg sangat kuat iaitu seolah-olah benda besar yg terhempas ke lantai. tidak pasti bunyi apa. tetapi sangat kuat bunyinya. 

  Akhir sekali,pada malam ni aku akan mencabar diri aku sendiri akan tidur diruang tamu seorang diri. tanpa ditemani housemate. dan aku sendiri tidak tahu siapa yg akan temani aku malam ini .hehehehehe ......

0 loner (s)
OLD | NEW
Edit By Lya Azmi. Give To Ayep Anuar.
Listen Singapore Ria FM - 89.7 FM Radio Online